Monday, August 22, 2011

Aksesori Keistimewaan Sekolah SJK (C) Pekan Gurney

       KEISTIMEWAAN SEKOLAH

Ø  Permainan Badminton

PROGRAM MEMASTIKAN PENINGKATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ( 3 PROGRAM )

Ø  Program Bacaan Awal Pagi
Ø  Program Peningkatan PKBS (SBT & Kelas Tambahan             
Ø  Program Peningkatan 3M (Pemulihan & KIA 2M)

PROGRAM MEMASTIKAN PENINGKATAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM ( 3 PROGRAM )

Ø  Program “Little Athletics” Sekolah
Ø  Program Perkembangan Insan Bersepadu Melalui Badan Beruniform
Ø  Program Penghargaan Dan Pengiktirafan Dalam Aktiviti Ko-kurikulum

PROGRAM ATAU USAHA MENINGKATKAN IMEJ SEKOLAH

Ø  Menceriakan Kawasan Sekolah
Ø  Memantapkan Tahap Keselamatan Sekolah
Ø  Kempen Berbudi Bahasa

Berita Semasa SJK (C) Pekan Gurney

Jadual di atas menunjukkan peratusan pinjaman bahan cetak sirkulasi buku-buku bacaan dan rujukan di kalangan murid-murid dari Tahun 1 hinggalah Tahun 6 yang secara keseluruhan seramai 314 orang murid-murid bagi sesi tahun 2010 di sekolah SJK (C) Pekan Gurney.  Data menunjukkan peratusan pinjaman bagi murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 yang mempunyai jumlah keseluruhan 161 orang telah mendapat skor 100% penglibatan dalam membuat pinjaman.  Situasi sebegitu kerana murid-murid di kategori Tahap 1 ini dikehendaki meminjam 3 buah buku dalam tempoh setiap dua minggu, di mana proses pinjaman dilakukan di dalam kelas masing-masing dengan juga dikelolakan oleh guru kelas masing-masing.

            Manakala bagi murid-murid kategori Tahap 2 yang meliputi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang mempunyai keseluruhan 153 orang pula didapati mempunyai skor peratusan pinjaman dalam lingkungan melebihi 65% tetapi kurang daripada 70%.  Data turut menunjukkan murid-murid Tahun 4 mendapat skor sebanyak 65.38% pinjaman dan ini diikuti oleh murid-murid Tahun 5 mendapat skor sebanyak 66.67% pinjaman dan murid-murid Tahun 6 dengan skor sebanyak 68.18%.  Untuk itu, murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 seumpama ini dikehendaki membuat pinjaman sebanyak 3 buah buku dalam tempoh setiap  minggu.  Skor peratusan pinjaman agak rendah bagi murid-murid Tahap 2 adalah rendah mungkin disebabkan tiada pengawasan dan bimbingan penuh daripada guru kerana proses pinjaman dilakukan di dalam pusat sumber sekolah memerlukan murid-murid mengambil iktibar sendiri dan kebergantungan murid itu sendiri untuk rajin melawat pusat sumber sekolah.


Maklumat Organisasi/Kakitangan PSS SJK (C) Pekan Gurney


Visi/Misi Organisasi Dan Piagam PSS SJK (C) Pekan Gurney

1.1 Visi Pusat Sumber

Pusat Cemerlang, Pelajar Gemilang


1.2 Misi PSS

      Merealisasikan  visi PSS dan berazam untuk menawarkan :
1.    Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat
      Sekolah .
2.    Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada 
           pembelajaran sepanjang hayat
3.    Menyediakan tempat yang selesa , ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.


1.3 Piagam PSS

Kami warga Pusat Sumber SJK (C) Pekan Gurney dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya  berhasrat secara berterusan akan :

1.  Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
2.  Mengurus  dan menyediakan perkhidmatan terbaik  ke arah  
      kecemerlangan pelajar
3.  Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4.  Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan
     sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .

Sejarah/Pengenalan SJK (C) Pekan Gurney


 --Nama asal sekolah ini ialah sekolah San Min dan di
 -tubuhkan pada tahun 1924.

 --Sekolah ini dimulakan dengan 20 orang murid dan 2
 orang tenaga pengajar.

 --Murid-murid bertambah, pengasas-pengasas dan
 pemimpin-pemimpin tempatan bersetuju mengutip
 derma membeli 3 ekar tanah membina bilik darjah.

 --Pada tahun 1945 sekolah ini bergabung dengan
 Sekolah Joo Ming dan sekolah Yuk Ing menjadi
 SRJK(C) Pekan Gurney.

 --Sekolah ini menbina 7 buah bilik darjah dan membeli
 3 ekar tanah lagi bersempadan dengan tapak sekolah
 asal.

 --Pada 1983 sekolah ini membina sebuah  dewan
 serbaguna.

 --Pada 1993 kantin baru sekolah dibinakan.

 --Pada 1996 tandas murid dibina di belakang dewan.

 --Pada akhir tahun 2000 satu blok bilik darjah tahun
 5&6 dinaik taraf.

--Pada 2001 satu blok bangunan baru untuk tahun
 3A,3B dan 4B dibina.

 --Pada 2002 satu projek besar diadakan membina 12
 bilik baru dua tingkat dengan perbelanjaan
 RM600888.00.

Tuesday, October 5, 2010

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SJKC PEKAN GURNEY

 MATLAMAT PSS
Menjadikan PSS sebagai sebuah tempat yang menyediakan  kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran  yang diurus secara sistematis di samping menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan  pengajaran-pembelajaran untuk menguasai kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan  berkemahiran belajar sepanjang hayat.