Monday, August 22, 2011

Berita Semasa SJK (C) Pekan Gurney

Jadual di atas menunjukkan peratusan pinjaman bahan cetak sirkulasi buku-buku bacaan dan rujukan di kalangan murid-murid dari Tahun 1 hinggalah Tahun 6 yang secara keseluruhan seramai 314 orang murid-murid bagi sesi tahun 2010 di sekolah SJK (C) Pekan Gurney.  Data menunjukkan peratusan pinjaman bagi murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 yang mempunyai jumlah keseluruhan 161 orang telah mendapat skor 100% penglibatan dalam membuat pinjaman.  Situasi sebegitu kerana murid-murid di kategori Tahap 1 ini dikehendaki meminjam 3 buah buku dalam tempoh setiap dua minggu, di mana proses pinjaman dilakukan di dalam kelas masing-masing dengan juga dikelolakan oleh guru kelas masing-masing.

            Manakala bagi murid-murid kategori Tahap 2 yang meliputi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang mempunyai keseluruhan 153 orang pula didapati mempunyai skor peratusan pinjaman dalam lingkungan melebihi 65% tetapi kurang daripada 70%.  Data turut menunjukkan murid-murid Tahun 4 mendapat skor sebanyak 65.38% pinjaman dan ini diikuti oleh murid-murid Tahun 5 mendapat skor sebanyak 66.67% pinjaman dan murid-murid Tahun 6 dengan skor sebanyak 68.18%.  Untuk itu, murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 seumpama ini dikehendaki membuat pinjaman sebanyak 3 buah buku dalam tempoh setiap  minggu.  Skor peratusan pinjaman agak rendah bagi murid-murid Tahap 2 adalah rendah mungkin disebabkan tiada pengawasan dan bimbingan penuh daripada guru kerana proses pinjaman dilakukan di dalam pusat sumber sekolah memerlukan murid-murid mengambil iktibar sendiri dan kebergantungan murid itu sendiri untuk rajin melawat pusat sumber sekolah.


No comments:

Post a Comment